Tambah Kawan di FB Automatik 1

*Disclaimer- Sila beri perhatian dan berhati-hati dalam menggunakan sebarang aplikasi. Sila ikuti sebarang peraturan di FB. Penulis hanya berkongsi cara-cara untuk tambah kawan di FB secara automatik.Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa ke atas akaun FB anda. Sila ikuti peraturan aplikasi tersebut dan polisi FB. Sila baca ‘FB feature usage limits’ di sini >> https://www.toolkit-for-fb.com/facebook-usage-limits/

Fb hanya benarkan limit 5000 kawan sahaja yang boleh ditambah. Yang selebihnya akan jadi follower. Kalau nak lebih daripada limit tu, perlu buat grup atau page.

Kadang-kadang nak capai friendlist sehingga 5000 tu, penat jugak nak tambah sorang-sorang. Bila nak siap kan? Kecuali anda ada offer sesuatu yang menarik di grup-grup yang anda join, kawan yang akan add anda. Tapi kalau seratus orang add anda serentak, penat jugak nak approve tu.

Ok, saya nak kongsi satu cara Tambah Kawan Di Fb Automatik ni … ada banyak jugak cara lain sebenarnya. Tapi kita cuba guna cara mudah ni dulu ya. Apa yang anda perlu adalah browser Google Chrome ! Sebab ? sebabnya kena install satu Extension ni di Chrome.

Toolkit For FB nama extension tu. Kalau anda guna PC atau Laptop terus klik disini >> https://chrome.google.com/webstore/detail/toolkit-for-fb/fcachklhcihfinmagjnlomehfdhndhep

Kalau guna smartphone, Install Chrome dulu kalau belum ada. Buka Chrome dan klik link yang sama di atas.

Tambah Kawan di FB Automatik 2

Klik pada butang ‘Add to Chrome‘ . Install. Lepas install dekat Extension Bar Chrome tu akan keluar icon macam ni. Bar ni ada dekat sebelah kanan atas.

Tambah Kawan di FB Automatik 3
Icon Toolkit FB

Lepas siap install, login ke FB guna Chrome … jangan guna Apps. Masuk ke grup yang anda nak tambah kawan. Di bawah ni contoh grup ‘Hot Wheels’.

Tambah Kawan di FB Automatik 4

Klik pada link members tu …. Ini untuk dapatkan link orang-orang yang dah join grup tu … apa lagi copy link di atas tu ….

Tambah Kawan di FB Automatik 5

Bila dah copy , anda klik Icon Extension di Chrome bar tadi … rujuk gmbar di bawah.

Tambah Kawan di FB Automatik 3

Lepas tu anda cari ‘Click all add friend buttons’ .. dan klik ‘Start Tools’

Tambah Kawan di FB Automatik 7

Lepas tu paste ke dalam link selepas www.facebook.com/ … contoh ini link ke grup members tadi … https://www.facebook.com/groups/204543969599171/members/ ..

Tambah Kawan di FB Automatik 8

Ok … anda cuma copy dari
groups/204543969599171/members/ dan masukkan ke ruangan URL sebelum anda klik ‘Start’

Lepas klik ‘Start’ … Chrome akan buka satu tab lagi… dan anda perlu setting ikut macam dalam gambar seterusnya ….

Tambah Kawan di FB Automatik 9

Dah set semua … klik ‘Start Clicking (Algorithm 2)‘ dan tunggu saja…. Robot akan buat kerja….

*Disclaimer- Sila beri perhatian dan berhati-hati dalam menggunakan sebarang aplikasi. Sila ikuti sebarang peraturan di FB. Penulis hanya berkongsi cara-cara untuk tambah kawan di FB secara automatik.Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa ke atas akaun FB anda.
Sila ikuti peraturan aplikasi tersebut dan polisi FB. Sila baca ‘FB feature usage limits’ di sini >> https://www.toolkit-for-fb.com/facebook-usage-limits/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.