Ramai pastinya tahu dan kenal dengan aplikasi Microsoft Office yang digunakan sebagai pemprosesan perkataan, menghasilkan persembahan digital dan membuat lembaran.Tetapi tahukah anda terdapat aplikasi yang serupa yang ditawarkan secara sumber terbuka dan boleh diperoleh dengan percuma ?
Jadi tak perlu lah anda ke kedai-kedai menjual CD cetak rompak untuk mendapatkan perisian Microsoft Office dengan harga yang murah, atau muat turun secara tidak sah daripada internet.
Jika anda adalah seorang pemilik perniagaan kecil, tak perlulah anda membazirkan wang anda untuk membeli aplikasi Microsoft Office yang mahal, atau anda dapatkan aplikasi Office secara tidak sah kerana anda menjalankan perniagaan dan anda mahukan keberkatan dalam berniaga.
Jom baca aplikasi yang mana yang boleh anda jadikan aplikasi utama bagi menggantikan Microsoft Office.
Salah satu daripada aplikasi sumber terbuka yang banyak digunakan. Banyak agensi kerajaan yang beralih menggunakan Open Office sebagai perisian pemprosesan perkataan menggantikan Microsoft Office sebagai langkah penjimatan.
OpenOffice membenarkan pengguna menyimpan dokumen dalam format OpenDocument dan juga format Mircosoft Word. Akan tetapi jika ada dokumen dalam format Microsoft Office yang mempunyai tetapan tertentu, jika di buka di OpenOffice, sususannya mungkin akan bercelaru.
Aplikasi penuh OpenOffice didatangkan dengan 6 aplikasi pengurusan pejabat:
Writer, pemproses perkataan. Digunakan untuk menulis,membuat dokumen. Sama seperti Mirosoft Word.
Calc, aplikasi lembaran. Digunakan untuk pengiraan, analisa dan laporan berbentuk pernomboran atau grafik. Aplikasi seperti Microsoft Excel
Impress, aplikasi seperti Powerpoint. Tugas utama ,membuat persembahan multimedia.
Draw,aplikasi perimejan yang mudah untuk tujuan melukis diagram atau ilustrasi 3D.
Base, aplikasi pangkalan data seperti Mirosoft Access.
Yang terakhir Math, mewujudkan persamaan matematik sama ada melalui antara muka pengguna grafik atau dengan terus menaip formula ke dalam editor persamaan.
Apache OpenOffice adalah aplikasi sumber terbukan di bawah Apache License dan boleh dimuat turun secara percuma
2. LibreOffice
Aplikasi ini adalah hasil daripada pembangun OpenOffice, menggunakan kod sumber yang sama. Maknanya ia adalah aplikasi yang sama dengan nama yang berlainan dan cara pembangunan yang berlainan.
LibreOffice mempunyai 6 aplikasi yang sama dengan Apache OppenOffice, Writer, Calc, Impress, Draw , Base dan Math tetapi kedua-dua berbeza dari segi ciri-ciri aplikasi , kebolehgunaan dan sokongan.
3. WPS Office
Aplikasi ini dikatakan sumber terbuka paling serasi dengan Microsoft Office. Ia juga menyokong platform Android, IOS dan Linux selain Windows.
Ia didatangkan dengan versi percuma yang mempunyai 3 aplikasi pemprosesan, Writer, Spreadsheet dan Presentation. ia didatangkan dengan template yang menarik setiap kali anda buka perisian WPS Office ni.
Terdapat juga versi premium yang memberikan kelebihan menukar terus format PDF kepada Word dan kebolehan pecah dan gabung (‘split and merge’) dokumen PDF.
Secara peribadi saya lebih syorkan anda untuk muat turun dan guna WPS Office
Adakah anda menggunakan perisian pemprosesan perkataan yang lain ? Harap anda boleh kongsikan dengan pembaca yang lain.