Internet < Satu platform yang telah lama digunakan untuk menjana duit secara online. Setiap hari kita boleh tengok peningkatan penggunaan internet dalam bisnes.
Sangat penting untuk anda tahu, bagaimana dan cara mana anda boleh hasilkan pendapatan melalui internet. Apa yang anda perlukan ? Masa dan kerajinan anda. Luangkan kedua-dua ni jika anda inginkan kejayaan dalam bisnes internet.
Salah satu cara untuk hasilkan pendapatan secara online adalah melalui ‘Affiliate Marketing‘. Pilih buat full-time atau free-time. Ini testimoni bagaimana anda boleh dibayar dengan pemasaran affiliate. Biasa komisyen sebagai affiliate anda boleh dapat adalah 50% ke atas. Gambar di bawah , saya membayar komisyen kepada rakan affiliate yang mempromosikan produk digital saya.
Di sini ada 6 langkah yang boleh membantu anda untuk jana pendapatan secara online.
1. Bina Blog Atau Website
Langkah pertama yang mesti ada adalah bina blog atau website anda sendiri di mana anda boleh meletakkan link kepada produk atau servis yang anda promosikan. Jika tak tahu untuk bina blog sendiri ada boleh ambil servis bina blog.
Bergantung pada bajet anda, kalau tak nak keluarkan modal, anda boleh gunakan platform blogspot untuk blog atau website anda. Mudah saja untuk dapatkan blog di blogspot, hanya login dengan akaun gmail anda dan bina blog pertama anda.
Anda boleh youtube panduan blogspot untuk rujukan anda.
2. Pilih Niche
Penting untuk anda pilih produk yang anda rasa anda faham kegunaannya. Produk yang anda ‘familiar’ . Jika minat anda ke arah produk tersebut, atau pun produk yang anda guna setiap hari, anda akan merasa lebih mudah untuk bekerja dan mempromosikan produk tersebut. Dan juga mudah untuk anda bersabar dan hanya tunggu wang masuk daripada bisnes anda tersebut.
Jika anda minat niche kecantikan, sila cari produk yang boleh selesaikan satu-satu masalah, bukan satu produk untuk selesaikan semua masalah ya.
Antara niche hot
- Cara jana duit
- Kecantikan
- Makanan
- Fesyen
3. Cari Produk dan Servis
Langkah disini anda perlu luangkan masa anda untuk mencari laman web apa yang sesuai untuk anda promosikan, daripada niche yang anda pilih di langkah 2 tadi. Anda perlu pilih laman web yang mudah untuk anda promosi. Jika laman web tersebut dipenuhi dengan iklan-iklan yang banyak akan dianggap ‘spam’. Susah untuk prospek anda membeli nanti.
4. Konten Laman Web / Blog
Ada dua pendekatan yang boleh anda pilih semasa anda sedang membangunkan blog anda untuk promosi produk affiliate. Cara pertama adalah anda dapatkan maklumat tentang produk tersebut di laman web pengelola atau tuan empunya produk tersebut. Anda terus dapatkan maklumat dari puncanya.
Satu cara lagi adalah anda sendiri yang memberi review, pendapat anda tentang produk tersebut. Anda cerita serba sedikit pengalaman anda mengenai produk tersebut, rating produk dan juga manfaatnya kepada penggunanya . Cara ini memerlukan anda menggunakan dulu produk tersebut dengan cara beli dan cuba. Cara lain anda boleh minta kepada tuan punya produk untuk memberi anda sample untuk dicuba terlebih dahulu. Dengan cara ini mungkin pembaca di blog anda lebih yakin untuk mendapatkan produk tersebut kerana review dan rating dari anda, dan percayakan anda.
5. Dapatkan Trafik
Trafik adalah sumber kepada sesuatu transaksi di laman blog atau website anda. Trafik dirujuk kepada pembaca, prospek atau pelawat ke laman blog anda. Bagi mendapatkan trafik anda boleh menggunakan kaedah iklan berbayar, iklan percuma di laman-laman iklan atau facebook group, pemasaran emel atau pemasaran artikel.
6. Sertai Group
Sertai group-group perbincangan mengenai bisnes internet. Sertai juga group-group yang ditawarkan daripada tuan empunya produk affiliate yang anda ingin promosikan. Daripada group seperti ini anda dapat idea-idea yang baru , boleh juga bertukar-tukar pendapat dan idea. Anda juga boleh belajar tentang tools, strategi dan pandangan daripada otai-otai pemasaran affiliate yang lain.
Anda boleh ikut langkah-langkah ni dan mula buat duit dari internet.