3 Cara Alternatif Buat Duit Lebih 1

Ramai orang sekarang ni lebih suka untuk mencari extra income walaupun dah bekerja. Dan antara mereka ini suka berniaga. Nak menyimpan duit pun susah dengan ekonomi sekarang ni.
Antara punca-punca membuat kerja part time ni adalah :

  1. Duit tak cukup setiap bulan
  2. Hutang bertambah
  3. Sudah berkeluarga
  4. Tak ada simpanan walaupun RM100
  5. Taraf hidup yang tinggi
  6. Kos minyak , elektrik , bahan mentah semua naik setiap bulan !

Dan banyak lagi lah… itu adalah di antaranya ….

Sebenarnya banyak cara dan perniagaan yang boleh anda lakukan untuk mencari lebihan wang poket anda.

Ada antara perniagaan atau pun kerja-kerja sampingan ni hanya perlukan modal minimum, atau tak perlukan modal langsung.
Ok ini antara yang anda boleh lakukan untuk menambah duit poket anda

#1 – Pemandu Pelancong Tempatan
Bukan susah nak jadi pemandu pelancong tempatan . Anda perlu tahu apa istimewanya tempat anda tinggal sekarang ni. Jika anda selalu update tempat-tempat menarik yang anda pergi di Instagram, FB .. nah ini sudah buktikan yang anda telah ada portfolio untuk menjadi pemandu pelancong tempatan !
Triknya adalah anda menjual pengalaman , bukan menjual perjalanan.
Tips
1. Mulakan dengan keluarga dan kawan-kawan.
Promosikan di Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram…
Mana-mana saja yang boleh…
Buat iklan-iklan di forum-forum travel yang ada tahu.
2. Buatkan blog mengenai perkhidmatan anda supaya orang ramai boleh dapatkan maklumat servis yang anda tawarkan.
3. Dapatkan review daripada pelanggan anda supaya anda boleh dikenali baik dengan perkhidmatan anda

young-girl-walking-in-croatian-city-rovinj-picjumbo-com

#2 – Servis Meminjam Pakaian
Anda ada pakaian yang cantik-cantik terutamanya wanita. Anda boleh mula untuk bina perniagaan meminjam pakaian. Bagi sesetengah orang, ada yang tak mampu untuk membeli pakaian yang mahal-mahal atau memang tiada keperluan untuk memakainya selalu.

Contohnya macam gaun, blazer, blouse , kostum, crown, dan sebagainya yang anda anggap sesuai untuk disewakan. Setakat ni bisnes yang semacam ni hanya sewaan pakaian pengantin saja. Dan anda boleh mulakan di kawasan kejiranan anda atau di bandar tempat anda tinggal.
Gunalah platform sosial sedia ada , FB, Wechat, Instagram, atau Telegram.

Tips
1. Ambil gambar pakaian dengan cara yang menarik, contohnya anda pakai sendiri.
2. Perlu simpan pakaian dengan sebaiknya supaya tidak lusuh.

girl-fashion-pose-with-gray-watches-and-suede-jacket-2-picjumbo-com

#3 – Berniaga Online

Apps shopping dah banyak sekarang ni , Shopee , Lazada, eBay … macam-macam lah.. Paling top Shopee lah…. Hanya buat dropshipping dari China dan barang akan terus dihantar kepada pembeli ..

Nak belajar berniaga di Shopee? JOM BELAJAR DI SINI

__

Giliran anda pula untuk kongsi ,apa yang anda buat untuk tambahkan pendapatan anda.

Similar Posts