Belanja duit memang seronok. Apatah lagi kalau duit pinjaman. Tapi kalau nak menyimpan, nak berjimat tu ramai yang kantoi.
Kepentingan menyimpan duit dan berjimat ni penting supaya kita tidak terkapai-kapai bila ada krisis kewangan nanti.
Di sini disenaraikan Tips Penjimatan Wang untuk anda praktikkan.
1. Mula Menjual, Kurangkan Mengumpul
Ramai orang yang membeli barang-barang yang tak perlu pun. Guna sekali lepas tu simpan bertahun-tahun. Sepatutnya tak perlu beli pun, tapi alang-alang dah terperap bawah katil atau dalam stor, lebih baik anda cuba jualkan pada orang lain. Atau boleh saja jual online. Jual di Facebook, jual pada jiran, atau jual di laman mudah. Guna lah hasil duit jualan tu untuk keperluan lain.
2. Mata Ganjaran atau Member Card
Daftar saja untuk mana-mana peruncit mata ganjaran atau kad keahlian. Banyak la yang anda boleh daftar, di stesen minyak, hypermarket, talian telefon . Anda boleh dapat pulangan dari segi mata gnajaran yang boleh ditukar dengan barangan atau diskaun atau baucer-baucer yang bolehkan anda membeli dengan harga yang murah.
Ada juga yang boleh berikan anda pulangan wang apabila anda pula kenalkan pada orang lain macam syarikat talian telefon ni buat
3. Buat senarai barang yang hendak dibeli dan disiplin
Buatkan senarai barang sebelum anda keluar shopping. Ini cara paling senang untuk jimatkan duit anda. Ingat tips #1 tadi. Jika anda tak buat senarai, maka akan terbeli lah barang-barang yang anda tak perlu pun.
Bila dah buat senarai tu, maka anda perlu disiplin membeli ikut hanya pada senarai tu saja.
4. Elakkan Makanan Segera
Mi segera tak mengapa … 🙂 .. Elakkan dari kerap membeli makanan segera, contohnya burger yang mahal tu, atau ayam goreng premium sampai menjilat jari tu … Sesekali nak makan tu tak mengapa, tapi dalam seminggu 7 kali beli dan ekstrim sangat … hehehe … Lagipun kesehatan harus dijaga kan ?
5. Elakkan membeli online dengan Kad Kredit
Lebih bagus kalau tiada kad kredit terus . Kalau dah ter’Ada’ tu , kalau boleh buangkan tabiat membeli online dengan Kad Kredit. Sebab satu-satu laman web akan menyimpan maklumat kad kredit anda untuk pembelian masa depan. Jadi anda klik-klik , masuk kata laluan saja dah boleh buat pembelian.
Ini lah yang akan menjerumuskan anda membeli barang yang anda tak perlu pun.
6. Bandingkan Harga
Ini yang selalu ramai orang buat. Bandingkan harga barang yang sama sebelum membeli. Sebab kita mencari barang sama yang lebih murah harganya. Dengan senarai barang yang anda buat pada tip #3 , cuba anda bandingkan harga produk yang sama di kedai yang berlainan untuk pembelian anda yang seterusnya.
Kadang-kadang kita terlepas pandang, ada pengurangan harga sesuatu produk pada masa-masa tertentu. Jadi gunakan kekerapan anda melayari internet dengan membuat perbandingan harga secara online. Atau anda boleh langgan emel daripada hypermarket yang anda selalu beli, kalau ada lah
7. Duit Dari Sampah
Cuba lah serang hendap almari anda atau stor anda. Kemungkinan ada barang yang anda tak perlu. Jadi, daripada menyemakkan ruang , lebih baik anda jualkan. Atau boleh disedekahkan pada yang perlu daripada berhabuk berkurun dalam stor anda tu.
–
Ok giliran anda pula, bagaimana cara anda berjimat ? Kalau anda ada tps sendiri boleh tambah di ruangan komen d bawah .
Terima Kasih.