Etika BerSMS semasa Berjalan
Sms semasa berjalan berbahaya bukan sahaja kepada anda tetapi kepada orang di sekeliling. Orang sekeliling juga boleh ‘menyirap’ dengan tindakan seseorang bersms semasa berjalan. Jom tengok etika yang betul SMS semasa berjalan.
DiGi Gila Internet Video Interaktif
Kempen Digi Gila Internet kali ini memang sempoi dan berbeza dengan kempen-kempne yang lain. Satu video interaktif yang dimuat naik ke laman Youtube (pengguna mobile dan iPad kena guna komputer untuk menggunakan video interaktif ini).
Video yang seram tetapi ada part-part lawak yang diselitkan. Memang kreatif la idea Digi ni. Mungkin selepas ni akan ada lagi kempen-kempen yang sebegini. Jom kita tengok dan layan video interaktif ini. Syok !!
Animasi Transformers Versi Indonesia
Menarik ! Sempoi !
Animasi tahap antarabangsa, memang detail . Jom layan sendiri video nih !
Teknologi Skrin Lutsinar Samsung
Samsung telah memperlihatkan teknologi skrin lutsinar keluaran mereka di CES 2012. Pengguna boleh menyentuh dan mengawal aplkasi di skrin tersebut yang berlatarbelakang model binaan bangunan. Melalui video tersebut aplikasi yang dijalankan amat lancar dan memang menarik.
Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi seperti tirai untuk mengawal latar belakang lutsinar tersebut. Mungkin kita akan dapat lihat teknologi ini diaplikasikan pada handphone atau tablet di tahun 2012 ini.
Shoutbox Free Ditamatkan
Shoutmix iaitu aplikasi chat di laman web telah ditamatkan versi percumanya . Pengguna yang ingin menggunakan servis tersebut perlu melanggan dengan harga serendah $0.99 / sebulan.
Tapi bagi yang inginkan aplikasi chat secara percuma seperti shoutmix ini, anda boleh dapatkan di link ini > http://bit.ly/vExzzo . Akaun percumanya mempunyai beberapa kekangan seperti tidak terdapat auto refresh dan ‘words filtering’ .


