Perniagaan eBay

Apa sebenarnya eBay ni

 

Ada yang whatsapp saya tanya, perniagaan ebay ni apa?
Ada juga yang belum pernah dengar tentang eBay.

Mai saya terangkan dengan ringkas.
eBay memang popular, dah wujud sejak 1995 sampai sekarang ni.
Ia satu portal jual beli online di mana terdapat berjuta-juta barang yang diiklankan di eBay.

Belum pernah tengok laman eBay ? klik sini untuk eBay Malaysia > http://ebay.com.my
Tengok berapa banyak produk yang ada.

Apa yang anda perlukan untuk mula berniaga di eBay ? dan berapa modalnya ?

Anda perlukan :
1. Laptop
2. Kad Debit atau Kad Kredit
3. Handphone
4. Akaun emel
5. Akaun eBay
6. Akaun Paypal (payment gateway)
7. Akaun bank
8. Smartphone

Modal ?
Bagi yang baru bermula khasnya, akaun eBay, Paypal dan Kad Kredit/Debit perlu di link kan bersama bagi tujuan jual beli.

1. Kos untuk link kan kad debit/kredit di Paypal adalah RM10 dan akan di refund semula selepas itu. Jadi tiada kos.

2. Kos untuk link kan Kad Debit/Kredit di eBay adalah USD 1, atau bersamaan RM4.4 (tukaran matawang sekarang). Ini adalah sebagai pengesahan anda pemilik kad  tersebut.

3. Kos bila anda buat listing di eBay. Anggaran dalam RM10 untuk bayaran eBay dan Paypal fees.

Penjual di eBay juga adalah dari serata dunia. Jadi transaksi jual beli adalah secara international.

Jadi jika nak berjual beli di eBay perlu ada satu payment gateway yang boleh menerima atau membayar sebarang matawang. Jadi di eBay sememangnya anda perlu ada akaun Paypal.

Paypal Logo

4. Modal Barang. Jika anda jual produk anda sendiri, anda perlu kira kos produk + kos shipping.
Jika anda buat dropship , anda tak perlu kos shipping. Kadang-kadang dropshipper bagi pilihan untuk kos shipping ni. Jadi sila pilih free shipping untuk mudahkan anda buat kira-kira.
Kos modal untuk dropship barang , anda perlu keluarkan dahulu sebab paypal akan menahan duit yang dibayar kepada anda dalam tempoh masa 21 hari. Jika ada pembeli yang membeli produk anda, selepas 21 hari baru paypal akan lepaskan duit anda dan anda boleh gunakan. Jadi anda perlu dahulukan duit anda sebagai modal untuk membeli produk yang anda jual di laman web dropshipper.

Jika anda sudah lama menjadi penjual di eBay, tempoh tahanan duit ni akan dibuangkan. Jadi serta merta anda akan dapat duit dari pembeli dan anda boleh guna duit tu terus untuk order produk dari dropshipper. Jadi modal barang anda adalah zero !

Kesimpulannya, Modal untuk anda berbisnes di eBay adalah minimum jika dibandingkan dengan bisnes online lain.

Pening ke ? Tak faham lagi ?
Memang begini jika anda tak biasa dan tiada panduan untuk anda belajar.

Anda perlu belajar macam mana nak buka akaun paypal, macam mana nak gabungkan kad kredit/debit, cara nak terima bayaran daripada pembeli dan bagaimana nak buat kajian produk yang panassss di eBay …

Semua panduan ni terdapat dalam satu eBook + Video oleh seorang otai eBay Malaysia dan juga seorang Pensyarah Matematik di UNIMAP . Saya sarankan anda belajar daripada eBook yang dihasilkan beliau. Klik butang di bawah dan pilih PAKEJ B sebab ada grup support yang boleh membantu anda jika anda ada masalah.

 

BUAT TEMPAHAN PANDUAN EBAY INTELLINGENCE DISINI

 

 

Subscribe dulu sahabat untuk update blog terus ke emel anda

Name
Email *

Leave a Reply

CommentLuv badge

faridmokhtar

faridmokhtar adalah seorang Perunding Bisnes Telekomunikasi yang membayar kepada pengguna - ToneGroup. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan laman web. Kenali dan berhubung dengan beliau di Facebook, Twitter dan Google+ .

x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →