Ini cerita sahabat saya ni. Cerita dia dan daun kering . Aishh , apa kena mengena daun kering dengan ebay pulak ni ? ada yang sedang membaca ni mesti pikir , ni nak kelentong la nih …. Sabar anak muda …..
Ceritanya begini , bagaimana daun kering boleh buat duit ! …. Sambil-sambil anda layan Teh Tarik, teruskan dengan bacaan anda.
Opss sebelum terlupa , apa peralatan yang perlu anda sediakan dahulu sebelum anda terjun ke dunia bisnes ebay . Perkara-perkara ni mesti ada sediakan dahulu, tak ada tapi, tak ada tidak … perlu. Ok ?
1. Debit Kad
2. Akaun Paypal – Link kan dengan debit kad anda
3. Laptop / Komputer – guna henfon saja untuk membeli boleh la
4. Simkad / Henfon
5. Broadband
Apa pulak fungsi-fungsi persediaan ni ? Ringkasan penggunaannya ada dalam artikel seterusnnya … Tunggu ya Insya Allah !
Ok kita teruskan dengan cerita daun kering ….
Anda tahu daun ketapang? Pernah dengar ? Pokok ketapang ni boleh anda jumpa di tepi-tepi jalan saja. Tapi ramai yang tak tahu ada yang dah buat duit dengan pokok ni !
Modal hanya RM8 saja … Ninnndia daun ketapang !
Contoh akaun penjual dari Malaysia. Dia jual daun ketapang. Bahasa Omputihnya Catappa Leave atau Indian Leave.
Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.
Pengiraan daripada jual daun ketapang ni ya macam ni..
Modal pos : RM8 ( $1.8)
Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)
**Ebay fees : $0.58
**Paypal fees : $0.47
Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 ( RM12.92)
Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541. Seller ebay ni dalam diam-diam telah Berjaya menjual sebanyak 76 unit.
Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!
** Ditanggung oleh penjual. (Kiranya modal lah jugak ni, tapi bukan modal anda bayar dulu. Ini selepas anda dapat bayaran daripada pembeli)
Tak percaya lagi … Sila lah rajinkan diri anda buka www.ebay.com dan search catappa leave. Tengok lah sendiri.
Inilah pokok ketapang kalau anda tak tahu
Jadi perkongsian ni untuk buka mata anda yang berniaga di ebay ni bukanlah bisnes goyang kaki, tipulah, tak betul lah … Anda dah cuba ke berniaga di eBay ? Kalau belum , mesti anda dengar cakap orang yang tak ada pengalaman dengan ebay kan ? Jangan skeptikal sangat tuan puan … layari www.ebay.com . Tahun 1995 dah wujud dah ebay ni.
Keduanya sahabat , kalau ada modal , melaburlah untuk ilmu, pi dengar cakap orang yang tak ada pengalaman buat apa bro….
Soalan yang biasa di Malaysia , ‘ Free ke ? ‘ ……. terkedu dua minggu …. hehehe
Wassalam …..
BUAT TEMPAHAN PANDUAN EBAY INTELLINGENCE DISINISubscribe dulu sahabat untuk update blog terus ke emel anda
Menarik Bro ada jugak idea tu nak meniaga di e-bay dari blm start lagi.
Boleh start dah bro …
faridmokhtar recently posted…eBay Modal RM8 seunit jana profit RM981.92