Rebet TM Streamyx – Panduan Tuntutan Rebet Live Chat

Siapa yang melanggan servis internet Streamyx atau Unifi daripada TM, pernah menghadapi masalah capaian internet , tetapi tidak pernah membuat tuntutan rebet daripada pihak TM ? Panduan ni khas untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan rebet daripada TM ? Pertama sekali adalah anda perlu melaporkan kepada TM jika terdapat masalah capaian internet anda. Ini penting kerana anda perlukan nombor laporan untuk membuat tuntutan rebet kemudian.

Untuk menuntut rebet daripada TM, laporan yang anda buat mestilah telah diselesaikan, dan masalah tersebut mestilah daripada masalah servis TM. Kalau masalah daripada anda sendiri contohnya ,modem rosak, cable putus, tersalah setting modem atau lain-lain yang datang dari pelanggan sendiri tak boleh buat tuntutan rebet.
Simpan nombor laporan.

Kemudian, anda perlu log masuk ke portal TM di Portal Streamyx . Dan klik pada Ask TM (Live Chat) di bahagian bawah kanan portal TM. Akan popup satu tetingkap untuk anda isi maklumat anda. Sesi chat ini hanya di buka dari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 12 pagi sahaja.

Pastikan juga anda sediakan nombor akaun TM anda dan login ID UniFi/Streamyx anda. Isikan semua maklumat dalam tetingkap kecil tadi , klik I Agree .. dan klik butang Chat Now. Anda akan dilayan oleh customer service (CS).

Teruskan pertanyaan anda untuk membuat tuntutan rebet. Anda akan diminta untuk bagi nombor laporan masalah anda. Jika semuanya tiada masalah, anda akan mendapat satu lagi nombor tuntutan rebet. Anda perlu simpan dan anda perlu semak semula tuntutan rebet tersebut dalam tempoh 15 hari. CS bagitahu TM akan call anda dalam tempoh 15 untuk maklumkan anda status tuntutan, tapi jangan harap sangat lah pihak TM akan call.
Jadi anda sendiri kena Live Chat dengan CS sekali lagi untuk tanyakan status tuntutan.

Kalau tiada masalah , tuntutan rebet anda berjaya dan akan di masukkan ke bil bulan seterusnya.

Selamat mencuba dan lapor masalah dan tuntut rebet dengan segera kerana itu hak anda !

Leave a Reply

CommentLuv badge

faridmokhtar

faridmokhtar adalah seorang Perunding Bisnes Telekomunikasi yang membayar kepada pengguna - ToneGroup. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan laman web. Kenali dan berhubung dengan beliau di Facebook, Twitter dan Google+ .

x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →