photographer

3 Laman Web Yang Berguna Untuk Menjual Barang Terpakai Anda

Kadang-kadang kita suka simpan barang-barang yang tak digunakan atau yang dah lama (tapi masih elok dalam simpanan). Perabot, buku, baju,gigi palsu atau mungkin motosikal lama?

Barang-barang lama anda ni mungkin anda anggap sampah yang tersimpan berkurun lama dalam stor anda, tapi mungkin barang-barang tersebut bernilai bagi sesetengah orang.

Apa kata anda boleh jual barang-barang terpakai anda tu dan dapat duit sikit darinya ? Di sini saya senaraikan 3 Laman Web yang anda boleh gunakan untuk menjual pada orang lain.

1. eBay

Laman eBay adalah laman ‘auction’ yang menyediakan platform kedai jualan online di antara pengguna dan pengguna dan juga antara bisnes dengan pengguna. Laman web yang mudah digunakan walaupun anda kurang pengalaman dalam hal-hal teknologi. Macam-macamlah barang-barang yang ada di eBay ni , contoh – barang elektrik, elektronik , perabut, pakaian, mainan dan apa saja yang boleh dimiliki dijual di ebay … barang-barang ‘rare’ yang anda tak pernah tengok pun ada. Jadi sila manfaatkan laman eBay ni sebaik mungkin, mana tahu anda akan jadi pengusaha di eBay pula.

ebay logo

2. Lelong

Laman kedai online yang begitu terkenal dengan sepahan gadget-gadget dan pakaian. Cara pembelian dan pembayaran yang mudah, dan ramai penjual yang boleh dipercayai di laman ni.

Anda perlu ada akaun di lelong sebelum anda boleh berurus niaga sama ada sebagai pembeli atau peniaga. Jika anda ada banyak barang dan juga seorang peniaga ‘offline’ anda juga boleh buka ‘store’ di sini dengan kadar harga yang berpatutan.

Jangan risau jika anda rasa tiada pembeli , sebab lelong sudah lama terkenal dan mempunyai kadar trafik yang tinggi setiap hari.

lelong-logo-1200x630

3. Mudah

Laman ini adalah yang paling senang untuk anda menjual barang-barang lama anda. Terdapat lebih 1.3 juta barang yang diniagakan di sini.  Dari kereta hinggalah kepada kucing ada dijual di laman ni. Dan paling senang anda guna aplikasi mudah.my yang boleh di muat turun dan dipasang ke smartphone anda.

Ambil gambar dan upload, dan jual. Dengan akaun percuma , pengguna biasa diberikan tempoh masa 14 hari saja untuk iklan seseorang itu diletakkan di laman web mudah. Selepas itu anda akan diberikan sama ada untuk meneruskan iklan atau tidak. Jadi jika anda adalah seorang peniaga, anda juga boleh buka kedai di laman mudah dengan bayaran tertentu.

Cara menjual sangat mudah, apabila ada orang yang beli barang jualan anda, mereka hanya perlu whatsapp anda sahaja dan anda boleh terus ‘deal’ dengan pembeli. Dan sudah tentu anda harus berhati-hati semasa proses jual beli ni sebab urusan dilakukan di luar laman mudah dan anda berurusan sendiri.

mudah-my_logo

 

Anda ada pengalaman yang menarik dengan laman jual beli online ni ? Boleh kongsikan dengan pembaca lain di komen di bawah. Terima Kasih. ! 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

faridmokhtar

faridmokhtar adalah seorang Perunding Bisnes Telekomunikasi yang membayar kepada pengguna – ToneGroup. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan laman web. Kenali dan berhubung dengan beliau di Facebook, Twitter dan Google+ .

x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →