3 Cara Alternatif Buat Duit Lebih

Ramai orang sekarang ni lebih suka untuk mencari extra income walaupun dah bekerja. Dan antara mereka ini suka berniaga. Nak menyimpan duit pun susah dengan ekonomi sekarang ni.
Antara punca-punca membuat kerja part time ni adalah :

  1. Duit tak cukup setiap bulan
  2. Hutang bertambah
  3. Sudah berkeluarga
  4. Tak ada simpanan walaupun RM100
  5. Taraf hidup yang tinggi
  6. Kos minyak , elektrik , bahan mentah semua naik setiap bulan !

Dan banyak lagi lah… itu adalah di antaranya ….

Sebenarnya banyak cara dan perniagaan yang boleh anda lakukan untuk mencari lebihan wang poket anda.

Ada antara perniagaan atau pun kerja-kerja sampingan ni hanya perlukan modal minimum, atau tak perlukan modal langsung.
Ok ini antara yang anda boleh lakukan untuk menambah duit poket anda

#1 – Pemandu Pelancong Tempatan
Bukan susah nak jadi pemandu pelancong tempatan . Anda perlu tahu apa istimewanya tempat anda tinggal sekarang ni. Jika anda selalu update tempat-tempat menarik yang anda pergi di Instagram, FB .. nah ini sudah buktikan yang anda telah ada portfolio untuk menjadi pemandu pelancong tempatan !
Triknya adalah anda menjual pengalaman , bukan menjual perjalanan.
Tips
1. Mulakan dengan keluarga dan kawan-kawan.
Promosikan di Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram…
Mana-mana saja yang boleh…
Buat iklan-iklan di forum-forum travel yang ada tahu.
2. Buatkan blog mengenai perkhidmatan anda supaya orang ramai boleh dapatkan maklumat servis yang anda tawarkan.
3. Dapatkan review daripada pelanggan anda supaya anda boleh dikenali baik dengan perkhidmatan anda

young-girl-walking-in-croatian-city-rovinj-picjumbo-com

#2 – Servis Meminjam Pakaian
Anda ada pakaian yang cantik-cantik terutamanya wanita. Anda boleh mula untuk bina perniagaan meminjam pakaian. Bagi sesetengah orang, ada yang tak mampu untuk membeli pakaian yang mahal-mahal atau memang tiada keperluan untuk memakainya selalu.

Contohnya macam gaun, blazer, blouse , kostum, crown, dan sebagainya yang anda anggap sesuai untuk disewakan. Setakat ni bisnes yang semacam ni hanya sewaan pakaian pengantin saja. Dan anda boleh mulakan di kawasan kejiranan anda atau di bandar tempat anda tinggal.
Gunalah platform sosial sedia ada , FB, Wechat, Instagram, atau Telegram.

Tips
1. Ambil gambar pakaian dengan cara yang menarik, contohnya anda pakai sendiri.
2. Perlu simpan pakaian dengan sebaiknya supaya tidak lusuh.

girl-fashion-pose-with-gray-watches-and-suede-jacket-2-picjumbo-com

#3 – Memandu
Anda ada kereta ? Jadikan kereta anda sebagai sumber rezeki sampingan anda. Bukanlah bermaksud anda jadi pemandu kepada orang perseorangan.  Mesti anda pernah dengar tentang Uber, atau Grabcar kan ? Daftar sebagai pemandu Uber dan anda tentukan sendiri masa anda untuk ‘drive’ . 

Uber adalah aplikasi telefon pintar yang menjadikan ia mudah untuk mendapat bayaran hanya dengan memandu kereta anda sendiri. Sangat mudah untuk digunakan. Bila anda ada masa untuk cari duit lebih, buka apps dan pandu ! Anda boleh tengok berapa anda dapat selepas beberapa trip. Dan yang syoknya anda akan dibayar setiap minggu !

Berapa modalnya ? Hanya duit minyak kereta .. Anda lah bos, dan anda tentukan bila anda nak buat duit.

Apa keperluan lagi untuk jadi pemandu Uber ?

  1. Anda mestilah berumur 21 tahun ke atas dan tiada kesalahan undang-undang jalan raya.
  2. Kereta anda mestilah dalam keadaan baik dan usia tidak lebih dari 10 tahun. Dan kereta 4 pintu.
  3. Dan mesti ada smartphone sebab nak install Aplikasi Uber.

Anda ada semua di atas dan dah sedia nak memandu ? DAFTAR DI SINI

Tips

1.Pandu dengan cermat

driver-with-brown-leather-driving-gloves-picjumbo-com

 

 

__

Giliran anda pula untuk kongsi ,apa yang anda buat untuk tambahkan pendapatan anda.

 

photographer

faridmokhtar

faridmokhtar adalah seorang Perunding Bisnes Telekomunikasi yang membayar kepada pengguna – ToneGroup. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan laman web. Kenali dan berhubung dengan beliau di Facebook, Twitter dan Google+ .

x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →