Cara Jimat Duit Belanja Makan Harian

Baru-baru ni pernah bantu seorang sahabat. Dia kata nak cuba berjimat sikit dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak sihat ni.

Bukannya tak cukup atau tak bersyukur tapi beliau cuba nak berjimat dan guna sumber tu untuk kegunaan lain.

Ini apa yang saya minta dia buat walaupun nampak macam terlalu biasa, tapi agak membantu bagi sesiapa yang nak berjimat.

Cara penjimatan ni untuk perbelanjaan makan beliau setiap hari di tempat kerja. Saya minta dia bahagikan berapa ringgit yang di peruntukan untuk makan pagi, makan tengah hari dan minum petang.

Makan Pagi RM4
Makan Tengah Hari RM6
Minum Petang RM2

Jumlah RM12 setiap hari hanya untuk perbelanjaan makan di tempat kerja. Ini dikira untuk hari yang bekerja sahaja ya. Pengiraan bermula tarikh 14 September sehingga ke hari entri ni ditulis 29 September.

Kita gunakan Aplikasi AndroMoney sebagai aplikasi untuk merekodkan perbelanjaan beliau. Jadi beliau boleh ‘keep track’ perbelanjaan makannya setiap hari.

Ambil contoh pada 14/9 , 

Pagi tak beli makan, bawa roti dan serbuk teh dari rumah. Jimat RM4.
Tengah hari belanja Rm5. Petang pun tak beli minum, serbuk teh masih ada. Jimat RM2 .
Jadi pada 14/9 , ada penjimatan sebanyak RM6. 

andromoney

Jadi duit baki RM6 ni masa balik ke rumah, cepat-cepat simpankan dalam tabung. Asingkan tabung ni dari tabung lain-lain. Labelkan. Kalau tak tabungkan setiap hari, nanti terlupa pula.

Hari berikutnya masukkan kembali RM12 untuk perbelanjaan makan pada hari tu. Tolak perbelanjaan, dan bakinya cepat-cepat masukkan ke dalam tabung. Hujung bulan keluarkan semua duit dalam tabung tu, kira. Berapa banyak dah anda jimat daripada perbelanjaan makan anda pada setiap hari.

Lagi baik, biarkan saja simpanan tu untuk setahun dan boleh gunakan untuk kegunaan lain nanti.

Katakan ada hari yang beliau tak keluarkan langsung duit makan. Ada kawan belanja makan pagi dan tengah hari. Petang mungkin minum air kosong saja di pejabat. Jadi ada penjimatan sebanyak RM12 dan simpankan di tabung.

_

Diharap perkongsian penjimatan ni walaupun nampak biasa dan mudah saja nak lakukan, tapi jika tiada disiplin untuk berjimat dan menabung, tak jadi apa apa juga.

Jika anda ada cara anda sendiri untuk berjimat dan menabung boleh lah kongsikan dengan pembaca lain di ruangan komen, ya

Leave a Reply

CommentLuv badge

faridmokhtar

faridmokhtar adalah seorang Perunding Bisnes Telekomunikasi yang membayar kepada pengguna - ToneGroup. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan laman web. Kenali dan berhubung dengan beliau di Facebook, Twitter dan Google+ .

x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →