Install Beats Audio Package di fon Android
Ni diiaa.. to all ‘android smartphone owner‘ yang bukan HTC ok… macam mana nak dapatkan ‘Beats Audio’ di fon anda?
Sonang ja bro/sis !! Apa guna Beats Audio ni? HTC phone, kalau beli memang dah ada Beats Audio package nih, siap dengan headphone atau earphone yang dicap ‘beats by dr.dre’ tu .. so , beats technology ni dia enhance kan bunyi yang keluar dari phone, tak mcm phone biasa. *Smartphone saja tau.. *. Fon telekom tak dapat derr..
Disclaimer: ” Mahupun aku atau developer untuk Flash ni tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang berlaku ke peranti anda dalam proses semasa mengikuti arahan yang disebut dalam artikel ini. ”
Okeh, sebelum anda install beats audio flash nih… beberapa kriteria yang perlu ada pada smartphone anda dan ada beberapa steps yang perlu dibuat (penting) untuk selamatkan phone anda jika terjadi apa2 nanti !
- Smartphone anda mesti dah di’ROOT‘kan. Kalau iphone tu macam ‘jailbreak’ la… nak Root kan android anda ada macam2 root yang perlu dipilih mengikut versi fon. Macam mana nak tengok version fon anda. ‘ Setting > About phone > Firmware version‘. dah dapat version, kalau tak tau macam mana nak root, email atau PM aku , aku akan bagi version yang sesuai dan cara-cara nak Root.
- ClorkWorkMod Recovery juga mesti dah install kat phone anda. kalau dah root tuh benda nih memang dah diinstall terus ke phone.
- okeh untuk backup data & apps di fon, anda mesti ada beberap Apps berikut, kalau terjadi apa2 selepas install flash nih. Aku dah install ok ja, nothing bad happen la.. ni cuma langkah berhati-hati saja. tak rugi pun.. so jom install/download apps nih.
- SMS – (backup semua SMS keluar masuk di phone anda ) – ‘ SMS backup & restore‘
- Contacts – ni lagi senang jika anda dah link kan dengan akaun Gmail anda. So download la ‘Gmail apps’
- Call log – (backup semua log panggilan keluar masuk miscalled) - ‘ Call log & restore’
- Gambar, lagu dan video – ini kalau tak tau, tak payah guna henset, guna ja public fon .. wahaha
, simpan la dekat external card, laptop, hard disk … apa2 lagi.. simpan kat megaupload pun boleh tapi dah kena tutup. - MMS setting – boleh minta balik kat telco masing2 atau simpan dia nya setting. Amik dekat sini > ‘ Applications > Settings > Wireless and Network > Mobile Networks > Access Point Names ‘
- Ini apps yang paling sempoi – TitaniumBackup Pro (yang kat atas tu semua free, titanium backup nih pun ada yang free, tapi yang pro kena bayar(nak ni kena email dekat aku atau PM aku dekat Facebook( facebook.com/faridpenang)
- pastikan bateri fon anda mencukupi setakat 80%. ni memang perlu , nanti masa tengah install bateri abih lak, ‘brick’ lak fon tu nanti.
- enable kan USB debugging dekat fon – ‘ Settings > Applications > Development > USB debugging. ‘
- Download Beats Audio Package (password untuk download : tingkatlima )
- Untuk fon SGSII dan Samsung lain>
Beats Audio Samsung
Enter password - Untuk fon brand lain yang guna Android 2.3 Gingerbread >
Beats Audio Android Ginger Bread 2.3
Enter password - Selepas download , jangan ubah apa2 fail tu, rename pun jangan, biarkan saja.
- Lepas tu copy fail tadi ke dalam fon atau ke external card anda. Ingat dekat mana anda letak.
- Power off fon dan reboot ke ClockWork Mod Recovery. Macam mana nak masuk ke recovery mod nih? Off kan fon. tekan volume up bersama dengan Home key, jangan lepas, dan tekan power on, lepas dah keluar boot logo tuh, biarkan 3 saat dan lepaskan semua key tadi. tengok video dekat bawah sekali kalau nak tau macam mana nak ke recovery mod.
- ok, bila dah ada di recovery mod tuh, anda perlu buat Nandroid Backup ROM anda yang sedia ada. Selalunya Nandroid Backup ni dah ada pada recovery mod fon anda, so tak payah nak download di link tu. Masa dekat ClorkWorkMod recovery tu ada option untuk ‘backup and recover’, pilih ja dan buat backup. Nandroid backup nih perlu bila ada masalah dengan ROM baru yang anda install. jika ada masalah terus reboot ke ClorkWorkMod recovery dan ‘restore’.
- Lepas dah buat backup, pergi ke menu utama balik dan pilih ‘install zip from SDcard‘ dan pilih ‘choose zip from sdcard‘.
- Lepas dah selesai install, pergi balik ke menu utama dan pilih ‘restart system now’
- Bila dah boot ke fon, anda boleh la cuba try test bunyik dia. tapi kalau fail Mp3 dah memang kualiti dia tak bagus, memang bunyik pun cam taik… hahaha … cuba try test dengan game apa-apa2.






There are 2 comments .